SUKAN LAIN
Malaysia bakal bida hak tuan rumah Sukan Asia 2030
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, mengesahkan Malaysia akan membuat bidaan kepada Majlis Olimpik Asia untuk menganjurkan Sukan Asia 2030.
Menurut Norza, hasrat MOM untuk Malaysia menganjurkan Sukan Asia sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, ketika mesyuarat lembaga pengarah badan itu hari ini.
Beliau turut menegaskan selepas kejayaan penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, sudah tiba masanya Malaysia kembali menganjurkan temasya sukan yang lebih besar.
Iklan
Sebelum ini, temasya sukan paling besar yang pernah dianjurkan Malaysia ialah Sukan Komanwel 1998.
"Kami melihat bahawa kemudahan yang Malaysia ada telah bertaraf dunia. Kami juga mempunyai kepakaran dalam menjadi penganjur bagi temasya besar," katanya.
"Bagi saya, sudah sampai masa untuk Malaysia menganjurkan kejohanan besar dengan membawa pasukan sedemikian rupa ke tanah air. Malaysia juga boleh meningkatkan persiapan serta kebolehan atlet negara untuk pergi ke peringkat lebih tinggi."
Sementara itu, MOM akur dengan syarat kelayakan tinggi yang dibuat Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) untuk Sukan Olimpik 2020.
Bagi Norza, barisan atlet olahraga negara perlu sedia meningkatkan prestasi ke aras lebih tinggi jika mahu ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Walaupun kami melihat kriteria itu sangat sukar untuk dipenuhi, namun kami perlu mempersiapkan atlet. Jika kami tidak dapat mengurangkan tahap kelayakan, ia bermaksud kami tidak kompetitif."
Must-Watch Video