Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

MAKAF mahu Syakilla teruskan momentum

makafazmi.jpg
Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) mahu atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan, mampu meneruskan momentum terbaik selepas muncul juara Kejohanan Karate Kebangsaan hari ini.

Aspek disiplin menjadi perkara paling utama selepas peluang demi peluang diberikan, termasuk mendapatkan khidmat jurulatih terdahulu, Andris Vasiljev yang masih dalam perbincangan soal gaji. 

Melakar kejayaan dalam kategori 61kg, MAKAF berharap Syakilla dapat meneruskan momentum itu untuk mempamerkan persembahan yang lebih cemerlang dalam kejohanan akan datang.

"Kami akur dengan keputusan Majlis Sukan Negara dan saya berharap Syakilla mencapai sasaran dan layak ke Sukan Olimpik," kata Setiausaha Agung MAKAF, Datuk Nur Azmi Ahmad.

MAKAF turut mengesahkan 14 atlet karate terpilih daripada Kejohanan Kebangsaan yang berlangsung selama dua hari di Serdang yang berakhir hari ini untuk diserap dalam skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, jumlah itu akan dikurangkan lagi selepas dinilai buat kali kedua dalam Kejohanan Asia Tenggara di Bangkok, Thailand bulan depan. 

"Kami akan berbincang dengan MSN untuk bersetuju bagi menambah bilangan atlet dalam skuad negara selepas ini," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video