Skip to main content

Bola Keranjang

Magic Johnson dilantik penasihat LA Lakers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

magic-johnson-returning-to-lakers-as-adviser.jpg

LA Lakers mengumumkan bahawa legenda kelab itu, Magic Johnson, akan kembali menyertai pasukan setelah dilantik selaku penasihat.

Bekas bintang NBA itu akan bertindak selaku penasihat terhadap aspek sukan dan perniagaan Lakers di samping membantu presiden dan pemilik, Jeanie Buss.

Selain itu, Johnson akan turut bekerjasama dengan barisan jurulatih sambil memerhatikan perkembangan pemain.

Bagaimanapun, Lakers tidak mendedahkan intipati kontrak Johnson dan berapa lama dia akan memikul tugas tersebut.

"Kami sangat teruja dan berbesar hati dengan pelantikan Magic. Kami tidak sabar untuk bekerjasama," ujar Buss.

Johnson berkata: "Semua orang tahu saya cintakan Lakers. Saban tahun, saya ada memikirkan tentang tawaran oleh pasukan lain tetapi saya terlalu sayangkan pasukan ini dan hanya menjadikan Lakers sebagai destinasi utama.

"Saya akan lakukan segala yang termampu untuk mengembalikan status pasukan elit kepada Lakers."

Johnson beraksi bersama Lakers pada tahun 1979-91 sebelum kembali beraksi sekali lagi bagi musim 1995-96.

Dia juga pernah bertindak selaku jurulatih pada 1994.

Advertisement

Must Watch Video