Sukan luncur ombak menyasarkan kedudukan podium menerusi enam atlet yang dihantar bagi kategori B ke Sukan SEA Filipina 2019, hujung tahun ini.
Walaupun ia baru untuk saingan Sukan SEA, namun sukan luncur ombak sudah bertapak dalam tempoh yang lama di Malaysia.
Beberapa nama sudah mencipta kredibiliti mereka dan tidak hairan Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) tegas menyatakan keyakinan mereka untuk wakil negara mengisi kedudukan podium menerusi empat atlet lelaki dan dua wanita.
Kesukaran yang perlu diatasi atlet kebangsaan adalah pesaing dari Indonesia dan Filipina, namun ia bergantung kepada keadaan ombak dan cuaca pada hari perlawanan.
"Kami mahu mendapatkan sekurang-kurangnya pingat gangsa. Namun, ia bergantung kepada kekuatan ombak yang berada luar daripada kawalan kami. Kami mempunyai pasukan kejurulatihan yang baik serta modul latihan yang telah dirangka sehingga awal November nanti," kata Setiausaha PLOM, Azmi Yusoff.
Turun ke Filipina dengan kategori B, PLOM tidak berasa terpinggir, sebaliknya mereka melihat ia adalah peluang terbaik untuk menaikkan sukan luncur ombak yang melewati perkembangan baik melibatkan negeri yang memiliki pantai di seluruh Malaysia.
"Kami mempunyai ranking yang tinggi di Malaysia, malah di kedudukan kelima dalam Asia bagi kategori papan pendek menerusi Didaqt Musaddiq. Dia juga adalah harapan kami untuk meraih pingat kerana pencapaiannya sangat memberangsangkan. Kami harapkannya untuk mendapatkan pingat."