Skip to main content

Tenis

Luciano Darderi rangkul kejuaraan Terbuka Bastad tewaskan Jesper de Jong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bastad.jpg
Luciano Darderi terus mencuri perhatian dalam dunia tenis apabila muncul juara Terbuka Bastad selepas menewaskan Jesper de Jong dalam aksi final tiga set yang mendebarkan. 

Pemain muda dari Itali itu menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-4, 3-6, 6-3 untuk meraih gelaran ATP ketiganya dan semuanya diraih di gelanggang tanah liat.

Darderi menunjukkan ketenangan dan kematangan sepanjang perlawanan, sekali gus membuktikan statusnya sebagai pakar gelanggang tanah liat. 

Dengan kemenangan ini, dia mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain paling konsisten di permukaan tersebut bagi musim 2025.

 

Sementara itu, Jesper de Jong dari Belanda turut mencuri tumpuan. 

Walaupun tewas, De Jong berjaya mara ke final ATP pertamanya dan dijangka bakal menembusi kelompok 100 pemain terbaik dunia buat kali pertama. 

Ia merupakan satu pencapaian besar dalam kariernya setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video