Kurang dari seminggu sebelum bermulanya Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Mohd Yusof Abdul Nasir, menyifatkan persediaan pasukannya sudah 90 peratus bersedia.

Yusof juga menekankan cabaran besar akan dihadapi pasukannya apabila terdapat tiga nama baru yang akan melakukan penampilan sulung dalam LTdL.

Yusof tidak gentar kerana kehadiran pelumba veteran seperti Elmi Jumari dan afiq husni dalam pasukan pasti cetus impak berbeza untuk edisi kali ini.


"Semua pelumba sudah bersedia cuma dalam cuaca tidak menentu sekarang, ada beberapa pemyang kurang sihat, keadaan mereka semakin pulih.

"Saya tidak risau dengan separuh daripada pelumba-pelumba ini yang berpengalaman dan selebihnya muka baru dalam LTdL.

"LTdL ini pentas berbeza dan beraksi di tempat sendiri lebih memberi tekanan kepada pelumba," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.