Ketua komisar Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019, Sven Calus, menegaskan status 2.0 hors class perlumbaan itu tidak hilang secara automatik walaupun tiada pasukan pro tour mengambil bahagian dalam saingan yang bermula Sabtu ini.
Prestij LTdL 2019 masih dapat dikekalkan walaupun tanpa pasukan pro tour.
Berdasarkan peraturan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), antara kriteria pemilihan perlumbaan kelas hors ialah tahap penganjuran dan jumlah pasukan mengambil bahagian.
Justeru, penganjur berdepan tugas penting untuk memastikan status LTdL dikekalkan.
Sebanyak 22 pasukan mengambil bahagian, dengan Malaysia diwakili Team Sapura Cycling (TSC), Terengganu Cycling Team (TSG) dan skuad kebangsaan.
"Ia merupakan penilaian yang telah dilakukan oleh pihak penganjur. Perkara paling penting adalah LTdL disertai oleh semua benua di seluruh dunia dan ia adalah penting bagi UCI," kata Calus.
"Kami melihat sudut positif kerana dapat meneruskan penganjuran LTdL untuk tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa.
Terdahulu, Genting Malaysia Berhad diumumkan selaku penaja membabitkan pendakian kelas hors peringkat keempat.
Wakil TSC, Muhd Zawawi Azman, menjangkakan saingan yang lebih agresif dalam kalangan pelumba bagi saingan LTdL dalam ketiadaan pasukan bertaraf pro tour untuk edisi kali ini.
"LTdL tidak akan disertai oleh pasukan pro tour, saya menjangkakan perlumbaan yang lebih pantas dan agresif. Pasukan-pasukan benua dikenali dengan corak saingan yang lebih pantas," kata Zawawi.