Pasukan Sapura Cycling (TSC) kini sebelah kaki untuk mencapai sasaran sebagai juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 setelah percaturan mereka untuk menguasai Genting Highlands hari ini berhasil.
Genting Highlands sering menjadi titik pemisah buat kesemua pasukan bertanding dengan pasukan yang menguasainya akan mempunyai kelebihan masa untuk menjadi juara keseluruhan.
Kayuhan bertenaga Benjamin Dyball ke garisan penamat untuk memenangi peringkat keempat menghadiahkannya jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.
Dyball kini mempunyai kelebihan 50 saat berbanding pelumba lain dengan strategi TSC bagi menghadapi baki empat peringkat selepas ini adalah dengan membantu pelumba itu mengekalkan pendahuluan.
"Jika Benjamin dapat mengekalkan jarak 50 saat dengan pesaing lain, kami berasakan dia mampu menyarung jersi kuning itu sehingga ke Pulau Langkawi (peringkat terakhir).
"Pesaing terdekatnya merupakan seorang pendaki, jadi dia boleh memanfaatkan zon pecutan untuk mendapatkan lebih mata.
"Kami menjangkakan kedudukan ini akan kekal sehingga peringkat terakhir," kata pengurus TSC, Sayuti Zahit.
TSC kini telah menjuarai dua peringkat LTDL, termasuk peringkat pertama dari Kuala Lumpur ke Tampin, Sabtu lalu.
Peringkat kelima akan meliputi perjalanan sejauh 200.1 kilometer dari Tanjung Malim ke Taiping, esok.
"Pasukan kami menyimpan tenaga untuk kekal segar dalam peringkat keempat ini.
"Ia merupakan peringkat yang mencabar, jadi kami akan berusaha untuk mengekalkan jersi kuning sehingga tamat perlumbaan," kata pelumba TSC, Ahmad Zawawi Azman.