Ketiadaan pasukan jelajah profesional dunia (Pro Tour) dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) kali ini harus dimanfaatkan sebaiknya pasukan-pasukan dari Malaysia bagi mencatatkan sejarah muncul pasukan tempatan pertama memenangi gelaran Pasukan Terbaik Keseluruhan.
Sejak diperkenalkan pada 1996, dengan edisi ke-24 bermula esok, belum pernah ada pasukan dari Malaysia menjuarainya, malah tiada pelumba tempatan yang pernah merangkul jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan dalam jelajah terbesar di Asia itu.
Tanpa kehadiran pasukan berstatus Pro Tour disebabkan beberapa faktor, termasuk pertindihan tarikh dengan jelajah utama di Eropah, saingan kali ini dilihat lebih terbuka dan memberikan sedikit peluang kepada pasukan tempatan untuk menyerlah.
Namun, kesemua 132 pelumba daripada 22 pasukan dari segenap benua berpeluang untuk memburu kejuaraan dalam empat kategori -– Juara Keseluruhan (jersi kuning), Raja Bukit (jersi merah), Raja Pecut (jersi hijau) dan Juara Asia (jersi putih), selain Pasukan Terbaik Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Asia dalam jelajah lapan peringkat meliputi jarak keseluruhan 1,225.8km.
Kembalinya dua lokasi ikonik LTdl, iaitu Genting Highlands dalam peringkat keempat dengan pendakian bertaraf Hors Class serta dua peringkat terakhir di pulau kelahiran jelajah ini, Langkawi, menjadikan saingan edisi ini juga lebih terbuka dan sukar diramal dengan perlumbaan menentukan kejuaraan dijangka akan berterusan sehingga ke peringkat terakhir.
Walaupun pendakian ‘Queen Stage’ ke puncak Genting Highlands dikatakan bakal menentukan kejuaraan keseluruhan, empat peringkat seterusnya, termasuk laluan peringkat kelima dari Tanjung Malim-Taiping (200.1km) dan peringkat keenam dari Bagan-Alor Setar (130.8km), menjadikan persaingan mengejar jersi kuning lebih terbuka kepada pakar pecut.
“Kami mencorakkan laluan yang pelbagai, landai, berbukit serta laluan beralun yang memberi peluang sama rata kepada pakar pecut dan juga pakar bukit. Terutama laluan di sekitar Langkawi yang bukan sahaja indah, malah bakal menyaksikan perlumbaan pantas kerana laluan curam dan berliku,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage (M) Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa.
Pencapaian terbaik pasukan Malaysia adalah melalui pelumba Terengganu Inc-TSG Cycling Team (TSG) (sebelum ini dikenali sebagai Terengganu Cycling Team), Artem Ovechkin dari Russia yang mencipta sejarah memenangi jersi kuning tahun lalu selain tiga gelaran Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia yang dimenangi oleh skuad kebangsaan (1999) dan Telekom Malaysia Cycling Team (2001 dan 2002).
Pencapaian terbaik pelumba tempatan dalam LTdL pula ialah menerusi Anuar Manan yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng ketika itu apabila dia memenangi gelaran Raja Pecut pada 2010 manakala Adiq Husainie Othman dari TSG (ketika itu) pernah meraih jersi putih selaku Pelumba Terbaik Asia (2016).
Sudah pasti dua pasukan berstatus benua dari Malaysia, iaitu TSG dan Team Sapura Cycling (TSC), mempunyai kelebihan dan peluang yang lebih tinggi berikutan memiliki barisan pelumba import berbanding Pasukan Kebangsaan Malaysia.
“Sasaran TSC tahun ini memang untuk memenangi jersi kuning menerusi Benjamin Dyball (dari Australia) dan pada masa yang sama menyasarkan kedudukan tiga teratas keseluruhan,” kata pengurus pasukan, Mohd Sayuti Zahit.
“Peluang kali ini memang tinggi sedikit. Tetapi harus diingat, walaupun tiada pasukan Pro Tour, masih ada pasukan Pro Benua. Jika kita lihat pemenang sebelum ini, pasukan Pro Benua pun banyak menang, jadi cabaran tetap ada,” katanya kepada Bernama.
Kepulangan pemegang rekod terbanyak kemenangan peringkat LTdL (24 kemenangan), Andrea Guardini, yang dikenali sebagai ‘Mr Langkawi’ mewakili pasukan CSF Bardiani, turut menghangatkan saingan kali ini, terutama untuk perebutan jersi hijau.
LTdL 2019 akan bermula esok dengan peringkat pertama dari KLCC ke Tampin sejauh 176.9km, diikuti dengan peringkat Senawang-Melaka, Muar-Putrajaya, Shah Alam-Genting Hinglands, Tanjung Malim-Tampin, Bagan-Alor Setar, Pantai Cenang-Langkawi dan berakhir dengan Loop Dataran Lang-Kuah.
-- BERNAMA