Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) mungkin tidak dianjurkan pada tahun depan atau lebih membimbangkan, status 'Pro Series' akan ditarik balik pada 2025.
Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill, menggesa penganjur LTdL 2022 agar menampilkan diri dan menyelesaikan bayaran tertangguh secepat mungkin agar tidak mengekang perlumbaan paling berprestij di rantau Asia itu untuk terus dianjurkan.
Difahamkan rayuan telah dibuat kepada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) agar meluluskan penangguhan bayaran sementara menantikan keputusan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selepas mensyuarat dengan pihak penganjur LTdL 2022.