Bersempena sambutan Jubli Perak Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan, pihak penganjur, Human Voyage Sdn Bhd, berhasrat membuat keunikan dengan cuba untuk memasukkan Sabah dan Sarawak menjadi sebahagian daripada laluan perlumbaan.
Ia merupakan cadangan yang ditimbulkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, selepas berakhirnya edisi ke-24 LTdL 2019 semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Human Voyage, Datuk Ahmad Mustafa, melihat ia tidak menjadi masalah daripada sudut logistik, namun beberapa perkara seperti laluan perlumbaan perlu diperincikan sebelum pengumuman rasmi dapat dilakukan.
"Kami mahu selesaikan segala urusan LTdL 2019 hari ini dan kami tidak mahu berhutang dengan mana-mana pihak, sama seperti apa yang kami lakukan seperti edisi 2015," katanya.
Dalam masa sama, pihaknya juga bercadang untuk menganjurkan LTdL 2020 pada bulan Februari sebagai langkah untuk menarik semula kehadiran pasukan Pro Tour yang tidak dapat turut serta kali ini kerana bertembung dengan saingan lain.
Isu pembayaran wang kemenangan juga dipandang serius dengan beliau menegaskan sudah mula menyelesaikan kepada semua pelumba dan pasukan bagi mengelakkan masalah hutang tertunggak.
"Secara logistik, ia tidak mendatangkan masalah. Tetapi saingan ini dijadualkan selama lapan hari dan jika melibatkan dua lagi negeri, Sabah dan Sarawak, kami perlu mengetepikan beberapa laluan di Semenanjung."