Pelumba Terengganu Cycling (TSG), Mohd Harrif Salleh, melakar sejarah muncul sebagai pelumba Malaysia kedua menjuarai salah satu peringkat dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 selepas kemarau selama sembilan tahun.
Kali terakhir pelumba tempatan memenangi salah satu peringkat dalam saingan ini menerusi Annuar Manan pada 2010 yang memenangi peringkat kelima dari Muar ke Port Dickson.
Harrif, yang dibantu rakan sepasukan ketika membuat asakan di kilometer terakhir, dinobatkan juara peringkat kedua LTdL membabitkan lalyan dari Senawang ke Melaka yang meliputi jarak 200.6 km, hari ini.
Lebih manis dia menumbangkan MR LTdL Andrea Guardini, pada saat-saat akhir.
"Dalam edisi LTdL sebelum ini, saya terpaksa berpuas hati dengan pencapaian di tempat kedua ataupun ketiga tetapi tahun ini Alhamdulillah saya dapat mengulangi pencapaian Anuar Manan," katanya.
Sementara itu, pelumba pasukan Sapura Cycling, Marcus Culley, masih mempertahankan jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan dan juga jersi hijau, raja pecut.
"Saya ingin melindungi Benjamin Dyball sempena peringkat keempat yang membabitkan pendakian Genting Highlands, jadi kami tidak dapat banyak membantunya.
"Kami mahu memastikan dia mendapat sedikit rehat dan cergas," kata Culley.