Pelumba negara, Mohd Harrif Salleh, dari Terengganu Cycling Team (TSG) mengotakan janji apabila sekali lagi berjaya menaiki podium setelah memberi tentangan hebat dalam perlumbaan peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 bersama rakan sepasukan, Youcef Reguigui.
Harrif sebelum ini berputih mata apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dalam perlumbaan semalam, namun kayuhan bertenaga di kilometer terakhir peringkat keenam dari Bagan ke Alor Setar hari ini membuahkan kejayaan dengan menduduki tempat ketiga.
Lebih manis, rakan sepasukan, Reguigui dari Algeria berada di tangga kedua, dengan catatan 2 jam 47.19 saat, dipisahkan hanya sedikit dengan pemenang dari Itali, Matteo Pelucchi.
"Semalam saya agak kepenatan kerana tidak mampu melakukan pecutan terakhir tetapi hari ini strategi kami berhasil dan berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan podium," kata Harrif.
Kejayaan hari ini juga didorong dengan faktor laluan yang memberi kelebihan kepada pakar pecut sepertinya apabila tiada zon pendakian ditawarkan sepanjang 130.8 kilometer jarak perlumbaan.
Berbaki dua lagi peringkat, Harrif optimis mampu untuk melakar satu lagi kejayaan apabila kedua-dua perlumbaan esok dan Sabtu ini di Pulau Langkawi menawarkan jarak yang lebih singkat.
"Saya sangat berpuas hati kerana kembali ke podium adalah satu bonus. Saya telah berusaha sehabis mungkin untuk kemenangan ini," tambahnya.