Berbaki dua peringkat perlumbaan, pelumba Australia, Benjamin Dyball, sudah pasti mahu mempertahankan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dalam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.
Pelumba berusia 29 tahun mewakili Team Sapura Cycling (TSC) itu yang mencatat masa keseluruhan 24 jam, 40 minit dan 12 saat, berjaya mengekalkan jersi kuning untuk dua hari berturut-turut dengan kelebihan 27 saat ke atas pelumba Colombia, Hernan Ricardo Aguirre Caipa daripada Interpro Cycling Academy.
Dalam saingan peringkat keenam yang berlangsung dengan rentak perlumbaan agak laju dari Bagan ke Alor Setar (130.8km) hari ini, Dyball menamatkan cabaran di kedudukan ke-48 dalam kelompok pelumba, termasuk juara, Matteo Pelucchi yang mewakili Androni Giocattoli-Sidermec selepas mencatat masa 2:47:19s.
“90km pertama perlumbaan amat sukar, kelompok pelumba sentiasa berpecah dan kemudian bercantum semula. Setiap pelumba dalam kelompok itu saling memintas antara satu masa lain untuk berada di hadapan. Hari yang memenatkan sehingga 20km terakhir ke garisan penamat.
“Saya rasa dua peringkat terakhir lebih kurang sama dengan perlumbaan hari ini. Peringkat hari ini lebih pendek, maka dua peringkat seterusnya mungkin sedikit sukar. Saya memiliki pasukan yang bagus, kami cuba mengawal perlumbaan sebaik mungkin agar dapat mengekalkan jersi kuning ini,” katanya.
Dyball merampas jersi paling bernilai itu daripada pelumba Amerika Syarikat, Travis McCabe daripada Floyd's Pro Cycling Team, selepas mengungguli peringkat "Queen" (peringkat keempat) melibatkan laluan sejauh 114.2km dari Shah Alam ke Genting Highlands, Selasa lalu.
Dyball yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga keseluruhan dalam LTdL tahun lalu, berjaya menakluki pendakian mencabar Kelas Hors ke puncak Genting Highlands dengan catatan masa 3:22:02s, dua hari lalu.
Saingan LTdL 2019 akan diteruskan di Pulau Langkawi, tempat jelajah perlumbaan itu dicetuskan, untuk dua peringkat terakhir esok dan Sabtu ini.
-- BERNAMA