Pasukan Sapura Cycling (TSC) menyapu bersih gelaran dalam perlumbaan peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Shah Alam ke Genting Highlands hari ini selepas Benjamin Dyball menawan puncak itu dengan merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan.
Perlumbaan peringkat keempat itu menawarkan tiga zon pecutan dan tiga zon pendakian dengan tumpuan utama di Genting Highlands, yang tidak tersenarai sejak empat edisi lalu.
Beberapa pelumba mencuba untuk melakukan 'breakaway' di Sungai Buloh dengan diterajui Travis McCabe dan Brayan Chavez sebelum mereka ditelan peloton.
Perlumbaan semakin menarik ketika memasuki zon pendakian ketiga di Genting Highlands dengan TSC melakukan asakan menerusi Dyball biarpun McCabe, Hernan Aguirre dan Kevin Rivera mencuba untuk memberikan saingan.
Bagaimanapun, Dyball lebih unggul untuk menjuarai saingan peringkat keempat itu dengan membantu TSC merampas semula jersi kuning yang sebelum ini terlepas dalam peringkat ketiga.
"Tiga kilometer terakhir amat mencabar dan saya hanya mencuba untuk meneruskan pendakian.
"Saya berkayuh sekuat mungkin kerana ia amat sukar," kata Dyball.
Lebih manis buat TSC apabila seorang lagi pelumbanya, Mohd Zawawi Azman, turut dinobatkan pelumba terbaik Malaysia.
"Sasaran saya untuk menjadi pelumba terbaik Asia, namun saya terlepas gelaran itu.
"Namun, saya bersyukur kerana masih dapat menjadi pelumba terbaik Malaysia.," katanya.