Bekas pelumba lebuhraya negara yang membarisi skuad emas Sukan SEA Kemboja 2023, Akmal Hakim Zakaria, berkemungkinan besar akan menyertai Malaysia Pro Cycling (MPC) menjelang perlumbaan Le Tour de Langkawi 2025.
Juara kebangsaan 2020 itu juga beranggapan perkara itu sebagai peluang untuk bangkit selepas berehat selama setahun sebelum ini.
"Selepas Sukan SEA saya berehat dan kembali berlatih semula daripada aspek fizikal dan mental perlahan-lahan agar saya boleh konsisten.
"Buat masa ini saya semakin dekat dengan prestasi terbaik saya, saya akan cuba yang terbaik dan rebut tempat terbaik. Kali terakhir sertai LTdL pada 2017," katanya.
Sementara itu, bagi akmal, laluan edisi kali ini juga merupakan satu kelebihan buat dirinya sebagai pelumba All Rounder sekali gus mampu menjadi nadi penting dalam membantu pasukannya nanti.
"Saya akan cuba yang terbaik kerana laluan kini tidak seperti dahulu yang mendaki Genting Highland dan Cameron Highland, jadi InsyaAllah saya boleh lepasi cabaran pelumba tempatan terbaik di sana nanti." katanya.