Bekas pelumba Nusantara Cycling Team, Afiq Huznie, berharap dirinya terpilih bagi memperkuatkan barisan pelumba negara ke saingan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan membuka tirai pada 29 September hingga 6 Oktober 2024 ini.

Dengan misi baru untuk mengharumkan nama Malaysia, dia juga berpeluang untuk mengisi slot yang ditinggalkan senior-senior lain dalam pasukan itu sekali gus menjadi semangat untuk mendorong diri Afiq ke saingan LTdL tahun ini.

"Tahun ini kita masih dalam pemilihan dan ada 10 pelumba, kami akan buat yang terbaik untuk terpilih dalam enam pelumba terbaik.





"Jika terpilih dalam skuad Malaysia memang teruja kerana sebelum ini bersama pasukan lain. Saya akan buat yang terbaik.

Dalam pada itu, Afiq juga berpendapat laluan untuk edisi LTdL kali ini adalah sukar namun ada beberapa situasi yang akan memberi kelebihan buat dirinya sendiri.

Oleh itu, Afiq menyifatkan tidak mustahil untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan peringkat buat diri dan pasukannya.

"Persediaan saya sekarang adalah cuba menang di bahagian peringkat, kerana perlumbaan saya di penghujung kena bersama pasukan. Tetapi tahun ini agar mencabar tetapi kita perlu ambill peluang untuk dapatkan kejayan buat pasukan Malaysia." katanya kepada wartawan Nadi Arena, Kamal Nizam.