Skuad tenis negara akhirnya menarik nafas lega apabila Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) melantik Abdul Hazli Zainuddin, sebagai ketua jurulatih baru yang akan menerajui kem negara bagi dua kejohanan utama tahun ini.
Hazli berkongsi kepada Muiz Aziz bahawa dia akan membawa beberapa perubahan ke kem negara dengan misi jangka panjang untuk membawa pulang pingat emas dalam Sukan SEA 2025.
"Saya mahu merancang bagi memastikan pingat emas dapat direalisasikan bagi Sukan SEA 2025," kata Hazli.
"Sasaran utama adalah meraih keputusan positif dalam Piala Davis namun ia bukan perkara yang mudah sementara meraih pingat dalam saingan Sukan SEA hujung tahun ini."
Itu reaksi jurulatih baru yang akan menerajui skuad negara bagi menghadapi kejohanan Piala Davis dan Sukan SEA Vietnam 2021 akhir tahun ini.
Nama Hazli tidak asing dalam sukan tenis di tanah air apabila pernah mewakili negara sebanyak empat kali dalam kejohanan Piala Davis pada tahun 2006,2007,2009 dan 2010.
Tumpuan utama Hazli adalah untuk membentuk pakar beregu kerana peluang Malaysia untuk meraih pingat lebih tinggi menerusi acara beregu berbanding acara perseorangan.
"Perbezaan yang mahu saya bawa bagi masa akan datang adalah memperkuatkan pakar beregu bagi beraksi di pentas antarabangsa," katanya.
Sementara itu, pemain tenis negara, Syed Agil Syed Naguib, antara pemain yang sudah bersama beberapa jurulatih kebangsaan tetap teruja dengan perubahan yang akan dibawa oleh Hazli.
"Saya berasakan berpuas hati dengan keputusan mendapatkan khidmat Hazli sebagai jurulatih. Saya pernah berkerjasama dengan Hazli sebelum ini dan persefahaman antara kami adalah perkara yang penting," kata Syed Agil.
Hazli juga memilih untuk memanggil kembali pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2015, Assri Merzuki, bagi memperkuatkan skuad negara.
"Saya telah lama tidak beraksi dan mengetahui Hazli dilantik sebagai jurulatih, saya yakin dia mampu meningkatkan mutu sukan tenis Malaysia," kata Assri.