Mewujudkan juara keseluruhan bagi Liga Sukan Komuniti 2025 antara intipati menarik yang diketengahkan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) tahun ini.
Tiga sukan yang dipertaruhkan iaitu sepak takraw, bola jaring dan ping pong merupakan sukan dominasi komuniti di setiap peringkat umur, dan penganjuran kali ini membawa dimensi berbeza betapa setiap pencapaian bagi sesuatu sukan mampu menyumbang kepada penilaiaan juara keseluruhan.
Ketua Pengarah JBSN, Azura Abidin, menegaskan pendekatan ini memeriahkan lagi penganjurannya yang sudah memasuki usia sedekad.
"Kelainan kali ini menampilkan juara keseluruhan bagi empat acara yang dipertandingkan.
"Kami akan melibatkan lebih banyak acara termasuk pencapaian dan hadiah kemenangan," katanya.
Perubahan ini disambut baik setiap wakil kontinjen yang rata-rata mengambil berat prestasi atlet demi merebut gelaran juara keseluruhan buat kali pertama.
"Sudah tentu kami ke mari dengan kami membawa semangat Agi Hidup Agi Ngelaban.
"Saya yakin kami berkemampuan membawa pulang salah satu gelaran ke Borneo.
"Seramai 36 atlet akan menyertai kejohanan ini dan ada antara mereka yang kali pertama ke semenanjung.
"Saya percaya tiga pasukan ini terdiri daripada atlet terbaik yang terpilih dalam pertandingan di peringkat negeri.
"Saya juga percaya Sarawak akan berikan saingan hebat dan bawa balik salah satu gelaran," kata Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Lamat Anak Nyalau.