Brotherstick UPM B berjaya menundukkan pasukan Magiczone dalam perlawanan akhir Kejuaraan Liga TNB 2024 dengan mata 8 berbalas 0.
Hasrat Magiczone untuk mempertahankan kejuaraan 2019 terkubur hasil daripada corak permainan laju dipamerkan Brothersticks sehingga menyebabkan misi skuad kendalian Mohd Asyraf Rozali itu tergendala.
"Permaianan hari ini tidak mudah kerana Magiczone mempunyai pemain yang berpengalaman. Dengan taktikal yang diberikan oleh jurulatih, Alhamdullilah kami dapat menghasilkan kemenangan.
"Kami terapkan corak permainan yang lebih kepada berkumpulan berbeza dengan perlawanan terdahulu kami banyak bermain secara individu," kata ketua pasukan Brothersticks, Nursyahmi.
Bagaimanapun, UPM B berpesta gol dalam separuh masa pertama apabila cemerlang menbolot lima jaringan menerusi Adam Aiman, Muhd Hafiizhuddin Zaidi, dan Azmil Muizzuddin Misron.
Manakala di babak kedua, Brothersticks berasakan tidak cukup dengan hanya lima jaringan, kemudian menambah lagi tiga jaringan menerusi Shafiq Ikhmal Daniel dan Wan Muhd Najmie.
"Kami mempunyai barisan pemain yang berumur dan tiga hari tidak cukup untuk kami bersiap sedia selepas perlawanan separuh akhir Khamis lalu."
"Pemain veteran kelihatan tidak boleh lari tapi bersyukur kerana kami habiskan perlawanan ini tanpa sebarang kecederaan," kata Ahmad Kazamirul.