Debut Jordan dalam Piala Dunia 2026 menghadapi malang apabila tewas 1-2 kepada Austria dalam perlawanan pertama Kumpulan J di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) sebentar tadi.
Naib juara Piala Asia 2023 itu mendapat pujian kerana menampilkan persembahan memukau, namun terpaksa kecundang untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata penting.
Untuk rekod jeneral tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh, diturunkan selaku arkitek Jordan mencorak serangan, sementara tiga pemain bekas Gergasi Merah, Mohammad Abualnadi, Yazan Al-Arab dan Ali Olwan, turut beraksi sebagai kesebelasan utama.
Selain empat pemain itu, Mahmoud Al-Mardi turut diturunkan selaku tonggak gantian menjadikan lima pemain yang sedang dan pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).
Austria terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-21 oleh Romano Schmid dan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Wakil Asia itu mula menonjolkan permainan berbeza untuk kembali dalam perlawanan, dan hasilnya Ali Olwan dengan rembatan cantik berjaya menerjah gawang Alexander Schlager untuk menyamai kedudukan 1-1.
Ini merupakan gol pertama negara itu dalam sejarah menyertai pentas tertinggi dunia buat kali pertama.
ππ-ππππ-πππ πππππ ππππππππππ ππππ ππ π ππ πππππππ π«‘
He comes on and completely changes the game, seeing a goal disallowed, forcing an own goal and converting a penalty πͺ
It's Austria's first World Cup win since 1990 (!) π²π¦πΉ
Jordanβ¦ pic.twitter.com/mFoqkrPqE1β 433 (@433) June 17, 2026
Selaku pasukan ke-67 dunia, Jordan tidak gentar sebaliknya cuba mengatur serangan bagi mencari gol kedua.
Namun skuad kendalian bekas pengurus Manchester United iaitu Ralf Rangnick bijak memanfaatkan beberapa peluang mengatasi asakan Jordan.
Malang tidak berbau apabila sepakan penjuru Austria terkena Yazan Al-Arab, sekali gus memberikan gol kedua buat pasukan itu.
Sekali lagi nasib tidak memihak kepada Jordan tatkala Austria menjaringkan gol ketiga 3-1 usai Marko Arnautovic menyempurnakan penalti pada minit akhir selepas bola terkena tangan pertahanan.
Ini merupakan kemenangan Piala Dunia pertama buat Austria sejak 1990.