Tangisan Lionel Messi menjadi jaringan pembuka selera kepada kemenangan bergaya 3-0 Argentina dalam aksi Kumpulan J di Stadium Kansas City hari ini.
Hatrik pertamanya buat pasukan kebangsaannya itu menjadi petanda bahawa mereka bersedia mempertahankan trofi Jules Rimet dan pesta mereka bermula dengan rembatan padu yang tidak mampu dikuis keluar Luca Zidane -- anak kepada legenda Perancis, Zinedine Zidane.
Ia meletakkan pemain berusia 39 tahun itu sebaris dengan penjaring terbanyak sepanjang zaman, Miroslav Klose dengan 16 gol. Di sebalik jaringan pertama itu, air mata Messi tertumpah gara-gara memendam perasaan kebelakangan ini.
"Ada hari yang saya harungi sukar dan emosi saya adalah kerana itu.
"Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan, kakitangan kejurulatihan dan kumpulan.
“Ia membuatkan saya sangat gembira kerana berjaya mengharungi segala rintangan.
"Apa yang saya lalui sekarang adalah sesuatu yang istimewa. Saya sangat gembira dan bersyukur untuk kumpulan yang hebat ini, saya sangat menikmatinya.
"Perlawanan pembukaan Piala Dunia sentiasa sukar dan kami melihat bahawa tiada siapa yang akan menyerah begitu sahaja.
"Piala Dunia ini kompetitif dengan setiap pasukan kebangsaan membuat persediaan baik.”