Strategi Malaysia menggunakan dua pelari pertama tidak cukup untuk menghalang kekalahan 2-5 di tangan Argentina dalam aksi sulung separuh akhir Liga Dunia, namun ketua jurulatih skuad hoki negara, Stephen Van Huizen, tetap berpuas hati.
Malaysia cuba mengejutkan pakar pukulan sudut penalti Argentina, Gonzalo Peillat, dengan menggunakan dua pelari pertama.
Namun, ia tidak cukup menghalang mesin penjaring gol ini yang meledak empat gol menerusi gerakan maut itu.
Van Huizen mengakui strategi itu direka khas untuk menghalang Peillat, namun ternyata gagal.
"Peillat telah mempamerkan kualiti yang dimiliki ketika melakukan pukulan sudut penalti. Kami telah cuba menggunakan dua pelari pertama bagi menghalangnya tetapi ia tidak membuahkan hasil," katanya.
The Malaysian Hockey Tigers bermula baik apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat kedudukan 2-2 sebelum tamat separuh masa pertama.
Gol Malaysia dijaringkan penyerang, Shahril Saabah, pada minit ketujuh dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil sebelas minit kemudian.
Selepas rehat, Peillat memusnahkan impian Malaysia dengan dua lagi gol peribadi sebelum penyerang, Facundo Callioni, melengkapkan kemenangan pasukan no. 1 dunia itu pada minit ke-49.
Kemenangan kedua berturut-turut Argentina sekali gus mencerahkan peluangnya untuk menjuarai Kumpulan A.
"Ia merupakan kemenangan yang penting. Kami mempamerkan persembahan terbaik dengan meledak empat gol daripada enam percubaan pukulan sudut penalti. Saya sangat berbangga dengan kesungguhan pemain-pemain saya," kata jurulatih Argentina, Carlos Retegui.