Penyerang muda hoki negara, Nik Mohd Aiman Nik Rozemi, mencuri tumpuan ketika Malaysia membelasah Mesir 5-0 dalam aksi separuh akhir Liga Dunia apabila menjaringkan antara gol tercantik kejohanan.
"Jaringan itu sememangnya berpunca dari taktikal.
"Kami berlatih gerakan itu bukan sahaja dalam setiap sesi latihan, malah ketika memanaskan badan.
"Dalam gerakan itu, Fitri Saari telah menghidu kedudukan saya, dan saya hanya perlu bersedia menghulurkan kayu hoki saya sahaja," katanya.
Nik Mohd Aiman merupakan penjaring kedua terbanyak Malaysia untuk bersama-sama Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil meledak lima gol manakala Shahril Saabah pula mengumpul enam gol.
"Situasi ini adalah bagus untuk penggempur negara kerana saya dapat berlatih di samping Shahril Saabah dan Tengku Ahmad Tajuddin.
"Saya yakin penyerang-penyerang negara mampu menjaringkan lebih banyak gol lagi."
Begitupun, Nik Mohd Aiman enggan terbuai dengan kejayaan hari ini kerana menganggap misi mereka di Dhaka, Bangladesh, masih belum selesai apabila bakal berdepan China yang menewaskan Oman 5-1 dalam laluan mereka ke final.
"Dalam perlawanan akhir nanti, kami perlu memanfaatkan setiap peluang terhidang.
"Kalau boleh 'bunuh' perlawanan lebih awal, kami perlu melakukannya," tambahnya.