Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Li Rui mula lapor diri

lirui_1.jpg
Jurulatih terjun negara, Li Rui, yang mula melapor diri semalam dipertanggungjawab untuk meningkatkan prestasi tujuh penerjun bagi menjadi pencabar dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, antaranya juara dunia 2017, Cheong Jun Hoong.

Li Rui baru sahaja tiba ke tanah air Rabu lalu dan dan memula melapor diri semalam.

Bagaimanapun, dia tidak terus mengadakan sesi latihan bersama atlet, sebaliknya dalam jangka masa satu minggu ini merupakan tempoh pemerhatian buat Li Rui untuk mengenali dan merangka program buat atlet di bawah jagaannya.

Perbincangan rapi sudah pun dijalankan bersama dua lagi jurulatih, iaitu Christian Brooker dan Li Teng, sementara bersetuju untuk meletakkan tujuh penerjun di bawah kendalian Li Rui, antaranya juara dunia 2017, Jun Hoong.

"Saya akan cuba menggunakan pengalaman saya ketika di China dan juga Kanada untuk membantu pasukan Malaysia. Menerusi pemerhatian awal saya, mereka mempunyai potensi, cuma beberapa perlu diperbaiki dan impian kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo bukanlah perkara mustahil," katanya.

Dalam masa sama, dia juga mengalas tugas berat untuk mengembalikan kegemilangan skuad terjun negara, khususnya persediaan menghadapi Kejohanan Dunia dan seterusnya Tokyo 2020.

Malaysia bakal menyertai baki tiga lagi Kejohanan Siri Dunia bermula di Montreal, Kanada bulan depan dan seterusnya di Kazan, Russia dan bakal diakhiri di London, England Mei ini.

"Kebanyakkan atlet terjun Malaysia sudah didedahkan dengan sukatan dari negara China dan saya berasakan mereka tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan program latihan saya."

Advertisement

Must Watch Video