Sin Li Jane bertekad memecah dominasi lelaki dalam Kejohanan Boling Tenpin Euro Brunswick, Jerman, minggu depan selain ingin mengulangi pencapaian naib juara yang pernah diraihnya empat tahun lalu.
Euro Brunswick merupakan kejohanan pertama buat skuad boling tenpin wanita negara dalam siri jelajah Eropah musim ini.
Selepas gagal mempertahankan reputasinya dalam edisi tahun lalu, Li Jane menganggap ia masa yang tepat untuk menebus kehampaannya berikutan mempunyai masa yang lebih panjang untuk melakukan persiapan.
Skuad wanita bakal berdepan cabaran hebat dalam kejohanan antarabangsa pertama membabitkan skuad negara itu apabila perlu bersaing dengan peserta lelaki.
"Perbezaan di antara edisi 2015 dan 2018 ialah pembabitan lebih ramai atlet lelaki dalam edisi tahun lalu.
"Sudah semestinya ia menjadikan persaingan ini lebih kompetitif berikutan setiap peserta mencatat markah yang tinggi.
"Ia situasi yang lebih mencabar buat skuad wanita," katanya yang ditemui dalam sesi latihan di Sunway Mega Lanes, sebentar tadi.