Tenaga Nasional Berhad (TNB) bergelar juara Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 apabila membelasah JM Antsbees 22-1 dalam aksi terakhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Kemenangan besar itu turut memastikan TNB merampas kejuaraan daripada juara bertahan, Terengganu Hockey Team (THT), dengan perbezaan jaringan biarpun kedua-dua pasukan terikat 26 mata hasil lapan kemenangan dan dua keputusan seri.
Dalam aksi kali ini, Azrai Aizad Abu Kamal muncul pemain paling cemerlang meledakkan tujuh gol sambil Jang Jong Hyun turut menyumbat masuk lima jaringan.
Kelapan-lapan pasukan LHM 2024 seterusnya akan memberikan tumpuan kepada saingan Piala TNB bermula dengan aksi peringkat suku akhir pertama pada Jumaat ini.
x