Dua gol Gonzalo Peillat membantu Pasukan Hoki Terengganu (THT) menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2-0 di Kuala Terengganu, petang ini, sekaligus merampas kembali teraju Liga Hoki Malaysia (LHM).
Tuan rumah bermula gugup dengan kelekaan pertahanan pada minit keempat nyaris dihukum Firhan Ashaari yang menyaksikan percubaannya diselamatkan Muhammad Hafizuddin Othman.
Tonggak Argentina, Peillat, menceriakan kem THT selepas meletakkan pasukannya mendahului satu gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-11.
Peillat mengesahkan status selaku pakar pukulan sudut penalti dunia dengan jaringan kedua peribadi dan pasukannya pada minit ke-26.
Seminit selepas rehat, Faizal Saari hampir memberikan THT jaringan ketiga apabila melakukan larian deras berpunca daripada satu serangan balas, namun gagal memanfaatkan situasi satu lawan satu.
TNB meningkatkan rentak dan berpeluang merapatkan kedudukan pada minit ke-35 menerusi Muhamad Shahril Saabah tetapi diselamatkan Hafizuddin.
Aksi semakin rancak dengan giliran THT menyerang seminit kemudian apabila larian solo Joaqin Menini yang melepasi kawalan pemain lawan tidak berjaya disambar Moritz Erhard.
THT yang memperkemaskan pertahanan berjaya mengekalkan kedudukan untuk kemenangan keempat dengan 15 mata, dua mata mengatasi TNB selepas tujuh perlawanan.