HOKI
LHM: Maybank, THT terus kuasai dua kedudukan teratas
Maybank dan Terengganu Hockey Team (THT) kekal mendominasi dua kedudukan teratas Liga Hoki Malaysia (LHM) selepas menewaskan lawan masing-masing hari ini.
Aksi di Stadium Bertam sebentar tadi menyaksikan Maybank menepati ramalan membelasah pasukan di tangga tercorot, Nurinsafi Sporting 6-0.
Najmi Farizal Jazlan muncul penyumbang gol berganda sambil Izham Azhar, Faridzul Afiq Mohd, Ashran Hamsani dan Muhajir Abdul Rauf turut mencatatkan nama selaku penjaring.
Iklan
Terdahulu, juara Piala Sumbangsih, THT, turut tidak berdepan masalah untuk mencatatkan kemenangan 5-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Hoki Batu buruk.
Dua lagi perlawanan menyaksikan Young Tigers menewaskan TNB Thunderbolts 3-1 di Stadium Hoki Nasional 1 manakala Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula meraih kemenangan tipis 4-3 ke atas UiTM HA-KPT di Stadium Hoki Nasional 2.
Must-Watch Video