HOKI
LHM: Faizal, Razie pamer keistimewaan tersendiri
Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia (LHM) 2020 menyaksikan pertembungan epik penyerang Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari, dan pertahanan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Muhammad Razie Abd Rahim, sebelum menyaksikan UniKL menang 3-2 menerusi gol kemenangan Roel Bovendeert.
Faizal dan Razie mencuri tumpuan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi apabila menggunakan sepenuhnya kepakaran masing-masing.
Penyerang kebangsaan itu mempamerkan larian pantas dengan menggelecek pertahanan lawan untuk meledak jaringan pada minit ke-26 dan 36.
Iklan
Razie pula mencatat 100 peratus keberkesanan dalam pukulan sudut penalti apabila pertahanan kebangsaan berkenaan menggunakan sepenuhnya kedua-dua gerakan itu untuk meledak gol pada minit ke-9 dan 37.
Namun, UniKL menjulang Piala Sumbangsih buat kali pertama apabila Bovendeert menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-50.
"Saya sendiri terkejut dapat jaringkan dua gol hari ini tetapi ia tidak bermakna kerana kami kalah dalam perlawanan ini.
"Saya sasarkan untuk tidak kehilangan mata dalam perlawanan selepas ini," kata Faizal.
Razie pula mengulas: "Saya memang memberi fokus 100 peratus dalam pukulan sudut penalti kerana ia merupakan kekuatan utama saya.
"Jika mendapat peluang, saya perlu pastikan untuk menggunakan kesempatan itu."
Sekalipun muncul wira pasukan bagi membuka kempen dengan langkah kanan, Bovendeert berhasrat untuk hanya fokus kepada permainan.
"Saya ingin jaringkan gol untuk pasukan dan kebetulan ia merupakan gol yang penting.
"Tetapi saya tidak terlalu memikirkan tentang jumlah gol asalkan ia mampu membantu kemenangan pasukan," katanya.
Editor: Shaiful Shamsudin
Must-Watch Video