Skip to main content

Sukan Lain

Legenda lompat tinggi Dick Fosbury meninggal dunia pada usia 76 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dick-fosbury.jpg
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Dick Fosbury, yang merevolusikan sukan lompat tinggi dengan teknik 'Fosbury Flop', meninggal dunia pada usia 76 tahun awal pagi tadi.

Fosbury memenangi pingat emas buat Amerika Syarikat (AS) dalam Sukan Olimpik di Mexico City pada 1968 dengan menggunakan teknik baringan yang kini menjadi teknik paling kerap digunakan atlet lompat tinggi moden ketika ini.

Dengan melepasi ketinggian 2.24 meter dengan teknik itu -- yang mula diciptanya sewaktu di zaman persekolahannya -- dalam penentuan pingat temasya berkenaan, Fosbury ketika itu memecahkan rekod Sukan Olimpik dan AS bagi acara berkenaan.

Berita mengenai pemergian atlet legenda itu disahkan ejennya, Ray Schulte, menerusi satu hantaran Instagram dengan berkata: "Dengan berat hati, saya terpaksa memaklumkan bahawa rakan lama dan klien saya, Dick Fosbury, meninggal dunia dengan tenang dalam tidurnya pada awal pagi Ahad selepas serangan singkat limfoma berulang."
 

Advertisement

Must Watch Video