Lebih 1,000 peserta, termasuk pelari antarabangsa, dijangka menyertai larian Kadamaian Adventure Race (KAR) 2019 yang akan berlangsung di Tamu Taginambur, Kota Belud, Ogos depan.
Setiausaha penganjurnya, Esther Toihin, berkata larian lasak itu mempertandingkan dua kategori, iaitu lelaki dan wanita terbuka, masing-masing bagi larian sejauh 10 kilometer, 20km dan 60km.
Larian yang akan berlangsung pada 24 Ogos itu turut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM23,820.
"Tahun ini kami memperkenalkan larian sejauh 10km untuk memberi peluang kepada pelari tempatan yang ingin menyertai acara ini tetapi tidak mampu menyertai larian bagi jarak 20km dan 60km," kata Esther.
"Larian 10km ini adalah untuk peserta yang baru berjinak-jinak dalam larian trail. Para peserta hanya melalui tiga kawasan eko-pelancongan, iaitu Taginambur, Narinang dan Purak Ogis.
"Sementara itu, cabaran yang bakal menanti peserta 20 kilometer pula ialah Bukit Bogung yang terletak di kawasan Narinang dan Purak Ogis manakala larian sejauh 60 kilometer (ultra trail) hampir keseluruhannya melibatkan jalan denai (trail) serta sungai dan mereka juga akan melalui 11 kawasan eko-pelancongan di beberapa kampung kawasan Kadamaian."
Esther berkata demikian ketika ditemui selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Terdahulu, Ewon berkata penganjuran KAR 2019 diyakini dapat membantu mempromosikan destinasi pelancongan luar bandar, terutama eko pelancongan di kawasan Kadamaian, khususnya di sepanjang laluan larian itu.
“Sebagai Adun Kadamaian, saya akan terus memberi sokongan dan membantu sebaik mungkin untuk menjayakan misi murni ini. Saya yakin ia akan mempromosikan lagi Kadamaian yang sedang rancak membangun dalam sektor eko-pelancongan desa,” ujar Ewon yang turut memberi sumbangan sebanyak RM20,000 untuk kejohanan itu.
Untuk maklumat lanjut berhubung larian itu boleh menghubungi Miche di nombor 019-942 5360, Cter (016-2828241), Emilda (012-827 5144) atau Nik (013-876 9353).
Pendaftaran KAR 2019 juga kini telah dibuka dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 26 Jun 2019 dan mereka yang ingin mendaftar secara atas talian boleh layari laman web www.racematix.com.