Walaupun hanya sempat berkongsi gelanggang selama empat minit sembilan saat, ia tetap menjadi sejarah NBA menyaksikan buat pertama kalinya seorang bapa dan anak bermain bersama secara professional walaupun hanya dalam perlawanan pra musim.
“Not real”, itu yang dinyatakan Le Bron James apabila disoal oleh media mengenai perasaan bermain dengan anaknya sendiri selepas perlawanan tamat. Tambahnya lagi, “Masih mencuba untuk membiasakan diri sedikit, tetapi ia merupakan pengalaman yang sangat hebat. Ia sangat hebat bagi kami berdua dan terutama untuk keluarga kami. Ia sangat hebat.”
First father son duo in NBA History.
— Team LeBron ? (@LeBronJames) October 7, 2024
? King James & Bronny pic.twitter.com/PAZPTdri2z
‘King James’ tetap berbisa, bermain selama 16 minit untuk menjadi penjaring terbanyak Lakers dalam perlawanan ini manakala Bronny yang dimasukkan dari bangku simpanan mendapat 11 minit waktu permainan, berjaya peroleh 2 rebounds dan tidak menjaringkan sebarang mata.
alaupun begitu, ia tetap akan menjadi satu momen yang akan diingati selamanya lebih-lebih lagi buat keluarga James.
Bronny yang sedaya upaya untuk tidak terlalu teruja dengan keseronokan berada dan bermain di atas gelanggang bersama bapanya turut berkongsi, “Saya sentiasa berfikir, ‘itu bapa saya’ kerana dia benar-benar bapa saya.
"Jadi, saya hanya pergi ke sana dan ketika saya bermain, dia hanyalah rakan sepasukan saya. Itu sahaja yang saya fikirkan pada ketika itu.”
LeBron James & Bronny James.
— Team LeBron ? (@LeBronJames) October 7, 2024
The father-son duo share the court for the first time together! ?? pic.twitter.com/VLMlU7iliW
Pada masa sama, Le Bron tetap turun dengan prestasi menakjubkan seperti pemain paling dinamik di atas gelanggang dalam perlawanan pertamanya selepas Olimpik Paris 2024 walaupun berkongsi padang dengan rakan sepasukan USA, Anthony Davis, Devin Booker, dan Kevin Durant.
Lakers yang mendahului di separuh masa pertama sebanyak 12 mata gagal untuk kekalkan momentum tersebut untuk Suns memintas di separuh masa kedua sekaligus memenangi perlawanan dengan keputusan 108-104.