Latihan kecergasan dan stamina diutamakan terlebih dahulu oleh Choo Kon Lee kepada barisan pemain negara dalam sesi latihan pertamanya selaku jurulatih baru skuad bola jaring negara, bermula hari ini.
Berbaki kurang seminggu sahaja lagi sebelum Kejohanan Piala Negara-Negara di Singapura, Kon Lee, yang baru dilantik sebagai jurulatih menggantikan Tracey Robinson, enggan memulakan latihan pertama dengan tempo yang terlalu perlahan.
Kesuntukkan masa dan skuad remaja yang membawa cabaran itu perlu segera mendapatkan rentak permainan seiring dengan kecergasan yang sepatutnya.
"Saya memulakan latihan pada tahap sederhana kerana kami kesuntukan masa untuk membuat persiapan menghadapi kejohanan di Singapura," kata Kon Lee.
Setakat ini, seramai lapan orang sahaja daripada 12 pemain yang hadir dalam sesi latihan pertama.
Dua pemain muda telah berada di Singapura bagi Cabaran Bola Jaring Antarabangsa B-15 Tahun sebelum kembali ke skuad kendalian Kon Lee pada 3 Disember ini.
"Setakat ini saya memiliki lapan pemain yang berlatih dan dua lagi atlet akan menyertai kami pada sesi sebelah petang. Kami akan memiliki skuad penuh apabila tiba di Singapura nanti," ujarnya.