Tahun 2018 mencatatkan jumlah kes doping keempat tertinggi dalam sejarah sukan negara dengan 13 kes positif.
Apa yang mengejutkan, kajian lapangan Nadi Arena menunjukkan 56 peratus atlet dalam kem kebangsaan masih naif mengenai isu doping.
Cukup mengejutkan apabila majoriti atlet negara masih naif mengenai isu berkenaan.
Ia merangkumi jenis bahan terlarang, makanan tambahan dan hak mereka sebagai atlet.
Lebih membimbangkan peratusan atlet senior kebangsaan yang naif juga masih di tahap yang tinggi.
Daripada 110 atlet yang ditinjau, keputusannya ialah 62 atlet tidak memiliki pengetahuan asas mengenai doping.
Ia mewakili 56 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Jumlah itu cukup membimbangkan memandangkan ia mencipta gambaran lebih separuh atlet dalam kem kebangsaan tidak memiliki kesedaran terhadap penggunaan bahan terlarang.
Hanya 15 atlet menjawab kesemua soalan dengan betul. Ia mewakili 14 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Usia jelas memainkan peranan dalam menentukan pengetahuan atlet.
Rata-rata atlet remaja kurang pendidikan asas mengenai masalah doping, sekali gus meletakkan mereka dalam kumpulan berisiko paling besar.
Ia berpunca daripada atlet di peringkat akar umbi tidak mendapat pendedahan sebelum mereka terpilih untuk mewakili negara.
Lebih membimbangkan, 40 peratus daripada atlet yang kurang pengetahuan asas mengenai doping itu terdiri daripada atlet di bawah umur 20 tahun.
Mereka inilah yang akan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Johor tahun depan dan berdepan risiko kes positif doping.
Jika sebelum ini sukan bina badan dan angkat berat memiliki reputasi terburuk dalam kes doping, namun kajian Nadi Arena menunjukkan bahawa beberapa sukan lain turut berdepan risiko besar dalam musim 2019.
Majoriti atlet negara yang tidak memiliki pengetahuan asas itu datang daripada empat sukan berbeza, iaitu olahraga, berbasikal, hoki dan angkat berat.
Sekurang-kurangnya tujuh atlet dalam senarai itu naif pengetahuan asas doping.
Kesemua sukan itu bertaraf Olimpik dan atlet berkenaan dijadualkan untuk menyertai banyak kejohanan peringkat antarabangsa.
Kajian Nadi Arena turut mendapati punca utama atlet positif doping adalah disebabkan sikap mereka yang terlalu mempercayai jurulatih.
Ia meletakkan diri mereka dalam situasi berisiko apabila sanggup memakan apa sahaja makanan tambahan yang diberikan oleh jurulatih, yang juga individu paling rapat dengan mereka.
Realitinya, atlet tidak tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam makanan tambahan itu.
33 peratus atlet tidak merujuk kepada Institut Sukan Negara (ISN) mengenai makanan tambahan yang diberikan oleh jurulatih mereka.
Bahayanya, berdasarkan kod Agensi Anti-doping Dunia (WADA), setiap atlet bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua bahan yang terkandung dalam tubuh badan mereka.
Peraturan itu diguna pakai dalam kesemua siasatan kes doping seluruh dunia.
Bekas penembak negara, Bibiana Ng, pernah terperangkap pada 2008 kerana terlalu mempercayai jurulatih.
"Saya tidak tahu apa yang terjadi pada waktu itu.
"Apa yang saya ingat, saya bersama dua rakan sepasukan diberikan coklat oleh jurulatih untuk kami makan.
"Saya dapati balutan coklat berkenaan telah dibuka, namun tidak mengesyaki apa-apa," katanya.
Sebenarnya, terdapat cara untuk melindungi hak atlet supaya tidak menjadi sebahagian daripada statistik kes doping, terutama jika mereka mempunyai masalah kesihatan.
Namun, majoriti daripada mereka tidak tahu mengenai perkara itu.
Apa yang dimaksudkan ialah borang "therapeutic use exemption" (TUE) dengan 81 peratus atlet negara masih naif terhadap fungsi borang TUE itu sebelum mereka menjalani ujian doping.
TUE ialah borang pengisytiharan penggunaan bahan terlarang berdasarkan preskripsi doktor atas faktor kesihatan.
Kelalaian itu meletakkan mereka dalam situasi sukar selepas dikesan positif doping.
Lebih separuh atlet dalam kem kebangsaan berdepan risiko menjadi mangsa kes positif doping tahun ini, sekali gus mencatat rekod terburuk dalam sejarah sukan negara.
Inilah bom jangka yang akan meledak bila-bila masa.
Ia akan memusnahkan segala usaha untuk melahirkan juara tulen jika langkah drastik tidak diambil.