Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Sukan Lain

Kriket ACC: Pemain wanita negara kena serangan panik dalam suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arianna-kriket.jpg
Pada ketika perlawanan sedang diraikan dengan kejayaan bagi kem kriket wanita negara dalam Piala Perdana Wanita (ACC) menewaskan Jepun, muncul tragedi ngeri melibatkan pemain bernama Arianna Natasya apabila terkena 'serangan panik' dalam aksi yang berlangsung di Bayuemas Oval, Kuala Lumpur, petang tadi. 

Menurut pengurus pasukan, Vijayalingam Vythiyalingam, dia turut terkejut apabila suasana tiba-tiba bertukar tragedi buat pemain tersebut setelah Malaysia meraikan kejayaan itu. 

"Atlet perlu mendapatkan minuman yang secukupnya untuk mengelakkan daripada dihidrasi. 

"Kami juga menyediakan khidmat fisioterapi dan jurulatih tapi kita hanya boleh mengetahui lanjut selepas pemeriksaan lanjut," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.  

Sementara itu, doktor Veinoth mengesahkan bahawa Arianna mempunyai episod serangan panik dalam rekod perubatan sebelum ini dan telah diberikan ubatan bagi mengawal gejala tersebut berulang. 

"Arianna memang ada mengambil ubat bagi mengurangkan tahap tekanan dan gemuruhnya. 







"Kadangkala tekanan emosi dan fizikal yang boleh mengundang serangan panik. 

"Dia juga mempunyai asma tetapi ia memerlukan pemeriksaan lanjut," katanya pula. 

Dia terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulans setelah tiba-tiba dikatakan sesak nafas dan berada dalam keadaan sangat lemah. 

Pasukan kriket wanita negara berjaya mara ke peringkat separuh akhir bertemu Nepal esok setelah menundukkan Jepun dengan keputusan 101 larian dan tiga wicket dalam 20 over berbanding Jepun dengan 85 larian 7 wicket dalam 20 over. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video