Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) menghantar rayuan rasmi kepada badan induk, Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) Asia, untuk menangguhkan perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia menentang Taiwan, 21 Februari ini kerana penularan wabak novel koronavirus.
Skuad lelaki negara dijadualkan berentap dengan Taiwan sebelum bertandang ke China tiga hari kemudian.
FIBA Asia sudahpun menangguhkan perlawanan dengan China itu tetapi perlawanan dengan Taiwan akan berlangsung seperti biasa.
MABA menerusi satu perbincangan semalam memutuskan untuk mengelakkan sebarang risiko dengan mengusulkan rayuan penangguhan rasmi mereka kepada badan induk Asia itu.
"Yang pertama, perlawanan yang sepatutnya kami hadapi di China itu telah ditunda oleh FIBA Asia," kata Timbalan Setiausaha Agung MABA, Sim Sen Heng.
"Satu lagi perlawanan, kami sepatutnya ke Taiwan.
"Jadi, dalam mesyuarat jawatankuasa, kami telah membuat keputusan untuk menghantar permohonan bagi menunda perlawanan itu.
"Saya percaya mereka (FIBA Asia) juga sedang menunggu surat daripada kami untuk menunda perlawanan itu," katanya.
MABA, dalam pada itu, akur peluang Malaysia untuk layak secara merit ke Piala Asia 2021 amat sukar.
Selain Taiwan dan China, Malaysia juga diletakkan sekumpulan dengan Jepun.
Hanya dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia sementara pasukan di tangga ketiga perlu melalui pusingan kelayakan kedua.
"Sejujurnya, mereka jauh lebih baik daripada kami.
"Sebagai bekas jurulatih, saya mahu mereka bertemu lawan terbaik.
"Kami mahu melihat keupayaan sendiri dan sejauh mana kami ketinggalan.
"Ini merupakan satu peluang," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa