Skip to main content

Advertisement

Hoki

Korea ulangi kejayaan 1994, 2010

hoki-india-korea.jpg


KOREA SELATAN 1 INDIA 1
(Korea muncul juara melalui penentuan penalti 4-2)


Korea Selatan muncul juara Kejohanan +Piala Sultan Azlan Shah ke-28 selepas menundukkan India 4-2 melalui penentuan penalti di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, sebentar tadi.


Ini adalah kejayaan kali ketiga Korea Selatan selepas sembilan tahun. Kali pertama mereka bergelar juara ialah pada 1996 dan kemudian muncul juara bersama India pada 2010.

Perlawanan tadi terpaksa diputuskan melalui penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di akhir perlawanan.

India, yang juga juara lima kali dalam edisi 1985, 1991, 1995, 2009 dan 2010, tampak menuju kejayaan apabila membuka jaringan seawal minit kesembilan melalui Simranjeet Singh.

Bagaimanapun, usaha mereka untuk menambah jaringan menemui kegagalan apabila disekat benteng Korea Selatan, terutama penjaga gol, Kim Jaehyeon. 

Bagi persembahannya itu, Jaehyeon memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik.

Begitupun, semangat tidak mengenal kalah menyaksikan anak buah Shin Seok Kyo itu bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui penalti stroke Jang Jong-hyun pada minit ke-47.

Jong-hyun yang juga penjaring terbanyak kejohanan bersama Mandeep Singh (India) turut diisytihar Pemain Terbaik Final. 

India juga boleh berbangga apabila pemainnya, Kumar Surender, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Sementara itu, juara Asia, Jepun, tidak pulang tangan kosong apabila memenangi Piala Fairplay.

Advertisement

Must Watch Video