Skip to main content

Advertisement

Hoki

Korea Selatan bangga mara ke final

malaysia-psas-hoki-korea.jpg
Kegembiraan jurulatih Korea Selatan, Shin Seok Kyo, bukan kepalang berikutan kejayaan anak didiknya mara ke final Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-28 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, Sabtu ini.

Selepas tiga tahun tidak menyertai kejohanan jemputan berprestij itu, Seok Kyo dan anak buahnya membuatkan kehadiran mereka dirasai pencabar lain dan berpeluang cerah untuk merangkul gelaran kali ini selepas kali terakhir memenanginya 10 tahun lalu.

"Saya berbangga dengan kejayaan kami mara ke perlawanan akhir dan berharap pemain akan mengusahakan kejayaan.

"Kami akan bertemu semula dengan India, lawan yang nyata gagah dan kuat.

"Kebetulan, perlawanan akhir kali ini juga merupakan ulangan final 2009 yang menemukan kami dengan India.

"Pasukan yang bermain dengan baik akan beroleh kejayaan Sabtu ini," kata jurulatih itu.

Seok Kyo memuji benteng Korea kerana kental bertahan dengan asakan tuan rumah.

Jurulatih itu secara berseloroh berterima kasih kepada sokongan dan sorakan penyokong tuan rumah yang turut menyemarakkan semangat anak buahnya.

"Pemain saya juga terkesan dengan sorakan bergemuruh penonton dan pada masa sama, saya berasakan ia membuatkan pemain Malaysia tertekan," katanya.

Mengenai perlawanan terakhir pusingan awal bertemu Jepun petang ini, jurulatih itu berkata kemenangan adalah penting bagi mengekalkan momentum pasukannya sebelum turun dalam final.

Advertisement

Must Watch Video