MALAYSIA 1 KOREA SELATAN 2
Impian tuan rumah, Malaysia, untuk mara ke final edisi ke-28 Piala Sultan Azlan Shah tidak kesampaian apabila tumpas 1-2 kepada Korea Selatan, sebentar tadi.
Kekalahan itu adalah yang kedua buat anak buah Roelant Oltmans itu selepas tumpas 2-4 kepada India, semalam.
Dalam perlawanan di Stadium Azlan Shah di Ipoh, Perak, Lee Nam-yong dan Jang Jong-hyun menyumbang gol pada minit ke-31 dan 35 untuk Korea Selatan menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu India, Ahad ini.
Sementara itu, India pula menempah tempat ke perlawanan akhir selepas membelasah Kanada 7-3 dalam aksi petang tadi.
Begitupun, Malaysia hanya boleh menyalahkan diri sendiri berikutan kekalahan itu walaupun berjaya memberikan cabaran kepada lawan.
Kegagalan menyempurnakan 11 pukulan sudut penalti menjadi faktor Malaysia terpaksa menggigit jari selain ketangkasan penjaga gol, Kim Jae Hyeon, turut menjadi penghalang kejayaan skuad negara.
Ketinggalan 0-2 pada akhir suku ketiga, barisan kendalian Oltmans itu bangkit dalam baki 15 minit terakhir.
Usaha Malaysia berhasil apabila Razie Rahim merapatkan jurang melalui pukulan sudut penalti selepas seminit permainan bersambung.
Begitupun, usaha skuad The Malaysian Hockey Tigers itu untuk mencari gol penyamaan tidak berjaya walaupun menghujani kubu lawan dalam baki lima minit terakhir.
"Kamu menganggap kami kepenatan tetapi saya berasakan kami merupakan pasukan yang jauh lebih baik hari ini.
"Saya gembira dengan barisan pemain, cuma kami tidak menamatkan perlawanan dengan betul.
"Berkenaan dengan jaringan, adakalanya anda memerlukan tuah manakala jaringan kami juga dibatalkan, malangnya ia menjadi hari ini.
"Bagaimanapun, saya gembira dengan persembahan pemain dan saya begitu bangga.
"Saya mempunyai kepercayaan tinggi berdasarkan apa yang ditonjolkan skuad Malaysia hari ini, mereka pasti akan mencapai sasaran yang diharapkan," kata Oltmans.
Keputusan lain:
JEPUN 3 POLAND 0
INDIA 7 KANADA 3