Keputusan Los Angeles Lakers untuk memberikan kontrak dua tahun bernilai $97.1 juta (RM434.67 juta) buat LeBron James adalah disebabkan penjenamaan dan kemampuan yang mampu ditawarkannya, kata pakar kewangan sukan, Dan Plumly.
James kini sedang melalui tahun terakhir kontrak lamanya yang bernilai $44.5 juta (RM199.20 juta). Kontrak barunya juga mempunyai klausa pilihan untuk dia melanjutkannya sehingga musim 2024-25.
Lanjutan itu akan memastikan pemain berusia 37 tahun berkenaan akan mendapat prolehan bernilai $532 juta (RM2.381 bilion) dalam kariernya, sekali gus menjadi pemain dengan pendapatan tertinggi dalam sejarah NBA.
Walaupun kian berusia, James masih menjadi antara pemain terbaik dalam NBA dengan purata 30.3 mata bagi setiap perlawanan sepanjang musim 2021-22.
Bercakap kepada Stats Perform, Plumly mengakui agak terkejut dengan kesepakatan jangka pendek itu yang jarang dilakukan dalam sukan di Amerika Syarikat (AS) tetapi memahami bahawa penjenamaan yang dibawa atlet sama pentingnya dengan kemampuan mereka.

OFFICIAL: @KingJames has signed an extension with the #LakeShow ? pic.twitter.com/Es3YoXXQhO
— Los Angeles Lakers (@Lakers) August 18, 2022

"Saya fikir kes seperti ini sudah semakin banyak berlaku dalam sukan profesional," kata Plumly, yang juga merupakan pensyarah kewangan sukan di Universiti Sheffield Hallam.
"Semua pasukan sedang melihat bagaimana mereka boleh menggunakan bintang besar mereka dalam sukan masing-masing.
"Sudah pasti yang utama adalah bagaimana kemampuan mereka di lapangan, amat jelas ia masih mengenai perkara itu.
"Tetapi daripada sisi lainnya, ia adalah mengenai apa yang boleh dibawa mereka daripada segi komersial dan apa penjenamaan yang terlibat, dan apa yang bersesuaian, dan bagaimana kelab atau pasukan mendapat keuntungan daripada pemain bintang mereka.
"Itulah kesnya mengenai LeBron James. Saya amat pasti tetapi saya fikir kesnya sama sahaja dengan banyak pasukan profesional lain ketika ini," katanya.
"NBA","Bola Keranjang","Los Angeles Lakers","LeBron James"