Skip to main content

Hoki

Konsert tempatan di Stadium Hoki Nasional diiktiraf Malaysia Books of Records

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jiwa-kacau.jpg
Biarpun julung-julung kalinya Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil menjadi venue sebuah konsert, ia sudah pun mendapat pengiktirafan Malaysia Books of Records.

Showcase Jiwa Kacau 2024 yang dianjurkan MND Sport & Event Sdn Bhd berlangsung dua hari lalu dan mencipta sejarah yang tersendiri apabila berjaya menghimpunkan sekitar 15,000 peminat tempatan, sekali gus sejarah ini akan tersemat dalam catatan sejarah negara. 

Pengiktirafan ini telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Record, Siti Hajar Johor dan Iliyas Jamil.

 


Olimpian hoki negara, Maninderjit Singh, sempat menyuarakan kegusarannya berhubung senario di Stadium Hoki Nasional ini kerana menganggap langkah penganjuran konsert boleh menjejaskan padang itu sendiri dan memerlukan kos besar untuk memulihkannya. 



 

Advertisement

Must Watch Video