Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil keputusan untuk menangguhkan pengiktirafan rekod kebangsaan 100 meter wanita Zaidatul Husniah Zulkifli selepas masih belum mendapat dokumentasi rasmi daripada pihak penganjur kejohanan di Afrika Selatan.
Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim, kesal dengan sikap penganjur Kejohanan ASA Speed Series 2 Afrika Selatan yang masih belum menghantar dokumentasi sah berhubung rekod kebangsaan 11.45 saat yang dilakukan Zaidatul Husniah, awal Mac lalu.
Hal ini menyebabkan KOM terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mengiktiraf rekod itu buat masa sekarang sehinggalah ia diputuskan dalam mesyuarat kongres Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) pada Ogos.
Jelas Karim, beliau telah menghantar permohonan dokumentasi berkenaan dua minggu sejurus berakhir kejohanan, namun tiada maklum balas.
"Kami menerimanya sebagai catatan masa yang terpantas tetapi masih tidak boleh diiktiraf kerana masih belum mendapatkan dokumentasi yang rasmi," katanya.
Bagaimanapun, hal itu tidak memberi apa-apa kesan kepada kontinjen negara dalam membuat persiapan Sukan SEA di mana misi penting ketika ini adalah Kejohanan Olahraga Asia di India, bulan depan.
"Kejohanan di India akan menguji kualiti setiap atlet yang akan beraksi dalam Sukan SEA. Daripada situ, kita akan dapat menilai tahap persiapan kami."