Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan lima atlet negara dalam Kejohanan Dalam Dewan Dahe Fair di Iran yang bermula Khamis ini.
Langkah itu diambil setelah KOM mendapatkan maklum balas daripada Kedutaan Malaysia di negara Asia Barat berkenaan yang tidak dapat memberi jaminan mengenai soal keselamatan jika rakyat Malaysia berkunjung ke sana.
Ketika ini, atlet dinasihatkan tidak ke republik itu, terutama di Tehran, berikutan konflik ketenteraan di antara negara berkenaan dan Amerika Syarikat (AS).
Sehubungan itu, KOM mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan atlet negara dalam kejohanan itu yang terdiri daripada Luqmanul Hakim Khairul Akmal (400m), Andre Anura Anuar (lompat kijang), Luqman Hakim Ramlan (lompat jauh), Khairul Hafiz Jantan (pecut 60m) dan Norliyana Kamaruddin (heptatlon) -- kurang 24 jam sebelum skuad negara berlepas ke Tehran.
Ia langkah yang wajar kerana membabitkan keselamatan atlet negara, apatah lagi kejohanan tersebut tidak menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, sekali gus memberi kelegaan kepada atlet negara.
Jaguh lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, terlebih dahulu sudah mengesahkan untuk menarik diri manakala Khairul Hafiz yang baru tiba di Bukit Jalil, terpaksa pulang semula ke Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor.
Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena seterusnya
Editor: Shaiful Shamsudin