Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) akan menganjurkan ujian simulasi bulan depan sebagai kelayakan Sukan SEA Vietnam.
Tindakan ini dibuat sebagai persediaan awal untuk mengenalpasti mereka yang benar-benar cergas untuk mewakili negara memandangkan temasya berbaki tujuh bulan sahaja lagi.
Malah, jadual padat tahun depan dengan Malaysia akan turut menyertai Sukan Komanwel dan Asia.
Setakat ini, 123 atlet sudah mendaftar untuk ujian simulasi terbabit seperti pelari pecut, Mohd Haiqal Hanafi, Andre Anura Anuar (lompat jauh) dan Yap Sean Yee (lompat tinggi wanita).
"Kami telah menyasarkan lapan pingat emas di Vietnam dan diharap persiapan yang dijalankan mampu berhasil buat kontinjen negara ke Sukan SEA nanti," kata Presidem KOM, Datuk SM Muthu.