Skip to main content

Hoki

Klinik Thunderbolts: Hampir 90% pemain kebangsaan merupakan produk inisiatif TNB

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tnb

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sukan hoki berpisah tiada ...

Bagi terus melahirkan generasi Thunderbolts yang berkualiti sebagai pelapis hoki kebangsaan suatu hari nanti.

Menjelang kempen Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2025, TNB menganjurkan klinik hoki dengan kerjasama Persatuan Hoki Perak selama tiga hari.

49 peserta terbaik dipilih menyertai klinik tersebut -- berguru di bawah bekas pemain negara antaranya Nor Saiful Zaini, M. Kaliswaran, Madzli Ikmar serta Azammi Adabi.

Tujuh peserta di posisi penjaga gol turut dipilih untuk menjalani latihan bersama bekas penjaga gol negara, S. Kumar.




Inisiatif itu memberi pengalaman sekali dalam seumur hidup buat para peserta yang terpilih daripada lingkungan usia 12 hingga 16 tahun ini.

"Pembangunan hoki sangat penting, kerana ia adalah program akar umbi. 

"Pelapis sangat penting. Ia menjadi penerus kepada skuad remaja negara. Platform ini memastikan program berterusan demi menjamin masa depan hoki negara.

"Program ini juga sudah mencecah hampir 12 tahun diterajui TNB Thunderbolts.

"Untuk pengetahuan semua, hampir 90 peratus (%) pemain negara merupakan produk program ini," kata Olimpian Sydney 2000 dengan 270 kaps Malaysia, Nor Azlan Bakar.

"Sangat seronok kerana dapat menimba ilmu daripada jurulatih antarabangsa dan pemain hoki Malaysia. 

"Program ini sangat bagus kerana dapat mengembangkan lagi kemahiran peserta, dan merasai pengalaman berharga," kata peserta bawah 16 tahun (B-16), Ammar Thaqif Mohd Safrinizan.

Advertisement

Must Watch Video