Allyson Felix merupakan bintang olahraga Amerikat Syarikat (AS) yang menyinar dalam acara 100 meter (m), 200m dan 400m dengan merekodkan 22 kejuaraan dalam kejohanan tertinggi termasuk tujuh pingat emas di pentas kompetetif Sukan Olimpik.
Istimewanya atlet yang dilahirkan pada 18 November 1985 di Los Angeles, adalah bagaimana dia menangani cabaran luar biasa di sebalik kejayaan manis yang dimomokkan arus media sukan di negara itu.
Menerusi satu perkongsian baru-baru ini, Allyson mengesahkan dia menjadi mangsa ketidakadilan sebuah jenama sukan terkemuka dunia, Nike.
Pada 2018, Allyson terpaksa menyembunyikan kehamilannya dan apabila ia didedahkan, jenama itu terus bertindak memotong 70 peratus daripada kontrak yang telah dipersetujui.
Keputusan itu jelas memberi tekanan kepada Allyson, namun atlet itu pantas memutuskan sebarang kerjasama dengan jenama tersebut dan kemudiannya, bukan sahaja kembali ke trek untuk mewakili negaranya, malah tampil dengan projek yang langsung tidak dijangkakan.
Allyson melancarkan jenama kasutnya sendiri, The Saysh One, dan dengan bangga menyarungnya ketika beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan mempertahankan pingat emas dalam acara 4x400m wanita yang juga kejayaan keempatnya dalam acara sama di temasya itu, selain meraih pingat gangsa dalam acara 400m individu wanita.
Kejayaan pada penampilan kelimanya di pentas berprestij itu juga membolehkan Allyson menambah koleksi pingat kepada 11 keseluruhan, mengatasi pencapaian yang direkodkan Carl Lewis sebagai atlet olahraga AS paling banyak menyumbang pingat.
Allyson kemudiannya membuat keputusan untuk bersara pada 2022, namun masih aktif dalam menggerakkan sukan olahraga menerusi persatuan dan aktiviti yang dilakukan di negara itu.