Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merancang memperkenalkan sistem tiket dalam liga tempatan dengan harga berpatutan, namun tidak sempat untuk dilaksanakan musim ini ekoran kesuntukan masa.
Liga Hoki Malaysia (LHM) masih ketinggalan daripada segi penjualan tiket sedangkan negara Eropah sudah lama menggunakan sistem itu selain Singapura dan Thailand di pentas Asia Tenggara.
Malah, Malaysia tidak mengenakan sebarang bayaran, sama ada untuk LHM atau kejohanan antarabangsa lain, demi menarik penonton ke stadium walaupun KHM pernah memperkenalkan sistem tiket ketika era 90-an.
"Kami mungkin akan adakan satu tiket masuk sambil menawarkan hadiah seperti cabutan bertuah dan sebagainya. Namun, ia masih belum boleh disahkan hari ini. Itu adalah perkara yang telah difikirkan dan sedang dibincangkan," kata Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh.
Sementara itu, KHM memberi tempoh hingga Selasa depan untuk Nur Insafi Hockey Team memperbaiki permukaan padang Stadium Hoki Sungai Petani atau terpaksa menggunakan venue lain.
"Venue sudah diperiksa dan kelulusan sudah 70 peratus. Baki 30 peratus masih menunggu laporan lengkap."
Editor: Nafis Abdullah