Skip to main content

Sukan Lain

Khairulnizam intai peluang untuk ke Sukan Olimpik

khairulnizam.jpg
Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy, dikurniakan cahaya mata lelaki, sekali gus menjadi pembakar semangat untuknya menghadapi Kejohanan Dunia dan Sukan Asia yang menawarkan tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Khairulnizam berkata dia mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke Tokyo apabila berada dalam kelompok 50 pesaing emas bagi memulakan Kejohanan Dunia di Jakarta, bulan depan. 

"Dalam kejohanan dunia, saya berada dalam kelompok 50 pesaing emas. Berada dalam kelompok itu memudahkan saya untuk layak beraksi di Olimpik. Ia adalah kelompok terkuat.

"Daripada situ, saya akan berusaha untuk berada dalam 14 kelompok terbaik ketika empat perlumbaan terakhir bagi mengisi slot ke Olimpik.

"Kalau saya tidak berjaya dalam kejohanan itu, saya akan berusaha dalam Sukan Asia bagi mendapatkan pingat emas dan layak secara automatik," katanya.

Kejohanan Dunia berlangsung di Pantai Festival, Indonesia yang juga menjadi venue sama bagi Sukan Asia pada Ogos, dari 18 Ogos hingga 2 September.

Advertisement

Must Watch Video