Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan, tidak panik apabila diketepikan daripada Kejohanan Olahraga dan Padang Asia (ATF) di di Doha, Qatar, 21 April ini yang menyaksikan acara 100m digalas pelari muda, Muhd Zulfiqar Ismail.
Khairul Hafiz diketepikan berikutan tidak menyertai sebarang kejohanan sejak Sukan Asia 2018.
Zulfiqar akan menyertai 100m sementara pemegang rekod kebangsaan, Russel Alexander Nasir Taib, akan mencabar 200m dalam Kejohanan Asia itu.
Namun, The Speedy Jantan kekal tenang kerana mempunyai perancangan khas untuk mempertahankan gelaran lelaki terpantas Asia Tenggara.
"Saya masih muda dan saya akan mencapai kemuncak prestasi pada usia 24 tahun nanti.
"Saya pun tidak rasa ATF itu mustahak, yang penting saya perlu tambahkan berat badan untuk membina kekuatan," katanya.
Khairul Hafiz sedang menjalani program khas di Institut Sukan Negara (ISN) untuk menambah otot.
Dia berdepan tugas sukar mempertahankan emas 100m Sukan SEA Filipina dari 30 November hingga 11 Disember depan dengan kehadiran juara remaja dunia dari Indonesia, Lalu Mohamad Zohri Lalu Ahmad Yani, yang menjuarai Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Malaysia, hujung minggu lalu.
"Misi pertahankan emas lebih sukar daripada memenanginya.
"Saya menyasarkan Sukan SEA, oleh itu saya cuba untuk mendapatkan semula catatan masa terbaik," katanya lagi.